Single Rasa Baru (album)

  • "Karma"

Menjadi lagu utama bagi Rasa Baru, "Karma" mengisahkan tentang rasa sakit hati seseorang terhadap kekasihnya yang setelah sekian lama menjalinkan hubungan, ternyata dia tidak pernah setia dengannya. Perkataan "karma" itu sendiri tidak pernah disebut dalam lirik. Lagu ini begitu terkenal pada zamannya, dan menjadi lagu wajib untuk Cokelat dalam setiap persembahan mereka. Vokalis Kikan Namara juga masih kerap menyanyikan lagu ini walaupun sudah lama meninggalkan kumpulan.

  • "Luka lama"

“Luka Lama” mengisahkan tentang perjuangan seseorang yang cuba menghapuskan kesedihan pemergian kekasihnya di masa lampau. Seperti "Karma", lagu ini masih sangat popular sehingga kini dan sering dinyanyikan oleh Kikan dalam persembahan solonya.

  • "Bendera"

"Bendera" ialah sebuah lagu bertema nasionalis yang dikeluarkan oleh Cokelat selepas album Rasa Baru, digubah oleh Eross Candra yang merupakan ahli Sheila on 7 untuk runut bunyi filem Bendera. Kejayaan lagu ini menyebabkan ia dimuatkan dalam album Rasa Baru yang dikeluarkan semula pada tahun 2002, dan baru-baru ini menjadi lagu yang biasa didengari di acara bernuansa nasionalis. Dikeluarkan semula pada tahun 2006 untuk keluaran album Untukmu Indonesiaku dan dikeluarkan semula sebagai single bukan promosi untuk kerjaya solo Kikan pada tahun 2012.